Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sebahagian daripada hasil pendapatan seorang pekerja yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja, tertakluk di bawah akta KWSP. Skim Pengeluaran yang diperkenalkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada Zakat Harta yang sepatutnya ditunaikan oleh pencarum setelah harta itu dikeluarkan.
Wang yang masih dalam tempoh simpanan tidak dikirakan zakat, kerana ia masih belum cukup syarat; iaitu belum milik sempurna. Setelah wang tersebut dikeluarkan bermakna ia telah cukup syarat di mana ia telah menjadi milik pencarum sepenuhnya. Oleh kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, maka KWSP juga dikenakan zakat.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-74 telah bersidang pada Julai 2006 dan memutuskan bahawa:
"Mengikut Mazhab Syafie, zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haul. Wang KWSP adalah harta simpanan maka zakat wajib dikenakan apabila ia dikeluarkan dan sempurna kedua-dua syarat tersebut. Pencarum digalakkan mengeluarkan zakat sejurus mengeluarkan wang KWSP jika cukup nisab tanpa menunggu haul setahun."
Cara kira Zakat KWSP bergantung kepada dua situasi:
Kemudahan Membayar Zakat – lebih efisien, lebih yakin, lebih berkat.
Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Kami percaya bahawa pengalaman anda adalah cerminan kualiti perkhidmatan kami
Bersama membina pemahaman zakat
Artikel ini mengulas manfaat zakat dalam membantu mengurangkan kemiskinan di kalangan masyarakat.
Penjelasan tentang kategori golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat menurut syarak.